IPOH: Pelaksanaan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) ke Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilakukan pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata ini kerana kerajaan negeri perlu menunggu peruntukan daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi pembinaan loji rawatan air di daerah Kerian, Utara Perak serta pelbagai lagi proses berkaitan isu bekalan air terawat antara Perak dan Pulau Pinang.
Saarani berkata kerajaan negeri sudah mengadakan perjumpaan dengan kementerian itu bagi membincangkan projek SPRWTS pada November lepas.
"Tanpa kelulusan peruntukan itu, tiada perjanjian boleh dibuat. Sudah ada keputusan kementerian, baru kita boleh laksanakan projek, kalau ikut kehendak kita, lagi cepat lagi baguslah tapi bergantung kepada peruntukan kementerian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 anjuran Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang turut dihadiri Presidennya Datuk Adnan Mat di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Ditanya mengenai permintaan Pulau Pinang yang mahu penggunaan 700 juta liter air sehari, Saarani berkata ia tertakluk kepada kecukupan pengguna domestik terlebih dahulu.
"Kalau kita tak cukup air, macam mana nak jual pada orang? Penjualan bekalan air terawat ini tertakluk kepada perjanjian," katanya.
Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengumumkan bahawa negeri itu akan menandatangani sama ada memorandum persefahaman atau perjanjian pembiayaan dengan Perak berkaitan SPRWTS pada 2024.
Skim itu adalah sebahagian daripada Pelan Kontingensi Air Pulau Pinang 2030 yang menyaksikan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) membelanjakan RM1.18 bilion dalam tempoh beberapa tahun akan datang untuk meningkatkan bekalan air negeri kepada 602 juta liter sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Saarani berkata kerajaan negeri sudah mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu bagi membincangkan projek SPRWTS pada November lepas.- Gambar fail/Bernama
China setuju lanjutkan tempoh pengecualian visa untuk rakyat Malaysia - Ahmad Zahid
China bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa pelancong Malaysia dari 15 ke 30 hari, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tiada istilah anak tidak menjadi, Fadhlina kongsi kisah anak sulung 'zero to hero'
Fadhlina berkata, tiada istilah anak yang tidak menjadi, tetapi kemenjadian anak ialah sebuah proses yang panjang iaitu memanusiakan manusia.
Baucar buku RM100 diberi secara berperingkat - Zambry
Zambry berkata perincian lanjut mengenai mekanisme pemberian baucar itu akan diumumkan Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang pada petang ini.
Seorang pendaki Malaysia berjaya diselamatkan di Gunung Denali, Alaska
Pendaki itu kini dirawat di hospital manakala dua lagi masih menanti pasukan penyelamat.
Kejayaan MTNP membanggakan, lonjak nama institusi tahfiz - Mohd Na’im
Kejayaan cemerlang MTNP amat membanggakan beliau sekali gus melonjakkan institusi tahfiz di negara ini.
Penyasaran subsidi diesel: Sabah, Sarawak dikecualikan kerana keperluan rakyat - PM
Penyasaran subsidi diesel dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu telah berjaya menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan.
Pantau Belanjawan: Memahami rasionalisasi subsidi dan kesan pada ekonomi
ChatGPT Edu diumum untuk kegunaan di universiti
Pengguna ChatGPT Edu diberikan akses kepada model GPT-4o yang boleh mengenal pasti teks, melakukan pengaturcaraan dan perkiraan matematik.
Pantau Agenda Reformasi: Hubungan Malaysia-China pada tahap tertinggi
Hubungan Malaysia-China yang terjalin sejak 5 dekad lalu menyaksikan kemajuan luar biasa terutama dalam hubungan diplomatik, perdagangan dan industri malah yang lebih penting hubungan rakyat dengan rakyat.
Palestin puji sokongan China-Arab untuk gencatan senjata, keahlian PBB
Palestin memuji kenyataan bersama China-Arab yang dikeluarkan pada Persidangan Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab di Beijing pada Khamis.
Pemindahan air dari Perak ke Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilaksana tahun ini - Saarani
Pelaksanaan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) ke Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilakukan pada tahun ini.